Peguam Negara Ketuai 2 Dakwaan Rasuah Guan Eng

PEGUAM Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali
PEGUAM Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim bakal berdepan dengan dakwaan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan dengan scandal pembelian sebuah banglo mewah yang terletak di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas pemilik banglo di Jalan Pinhorn, Phang Li Koon, petang semalam.

Lim ditahan di pejabatnya di Tingkat 28, Bangunan Komtar dan Phang ditahan di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, di antara jam 4 hingga 5 petang.

“Saya akan mengetuai pasukan pendakwaan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang nanti,” kata Apandi kepada Bernama.

Lim kini dilaporkan berada di pejabar SPRM Pulau Pinang selepas dia ditangkap sebaik sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat majlis esekutif di Komtar. -Kedahnews.com