Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah |
KUALA LUMPUR - Tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang melakukan sendiri pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kes rasuah, adalah normal dan bukan di luar jangka.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata adalah lebih bersopan dan wajar bagi peguam negara untuk mengemukakan pendakwaan terutamanya dalam kes berprofil tinggi membabitkan orang kenamaan dan menteri.
Muhammad Shafee berkata demikian di luar mahkamah selepas prosiding pendengaran permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin terlebih dahulu memberi keterangan dalam kes saman fitnah dikemukakan penasihat PKR itu terhadap Khairy.
Muhammad Shafee sebelum itu ditanya oleh seorang wartawan sama ada wajar Apandi sendiri melakukan pendakwaan terhadap Guan Eng.
"Ia adalah normal dan hakikatnya memang sudah dijangkakan. Apabila ada pendakwaan di pihak kerajaan, semuanya rasa gembira, tetapi apabila ada pendakwaan terhadap pihak pembangkang semuanya didakwa sebagai pendakwaan terpilih... kenapa begitu?
"Dalam kes rasuah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gadam, Peguam Negara (ketika itu) Tan Sri Gani Patail yang turun mendakwa dan ketika itu Kasitah masih menteri Kabinet. Saya rasa itu adalah lebih bersopan dan lebih wajar bagi peguam negara untuk mengemukakan pendakwaan," katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan menetapkan pada 22 Julai ini untuk keputusan terhadap permohonan Anwar supaya Khairy terlebih dahulu memulakan keterangan dalam kes saman bekas ketua pembangkang itu.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy dengan mendakwa beliau ada mengeluarkan perkataan fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web, termasuk dalam portal Malaysiakini.com. - Bernama