GEORGE TOWN – Seorang pelajar tingkatan dua menggunakan duit rayanya untuk membeli sebuah motosikal bagi merempit bersama rakan-rakan, antara yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas dekat sini, awal pagi semalam.
Remaja berusia 14 tahun yang berasal dari Balik Pulau, dekat sini itu mendakwa membeli motosikal jenis Honda EX5 itu dari sepupunya dengan membayar pendahuluan sebanyak RM200 untuk tujuan merempit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Nor Salawati Saad berkata remaja itu antara 121 penunggang motosikal yang terlibat dalam kegiatan lumba haram ditahan dalam operasi bermula pukul pukul 2 pagi hingga 6 pagi.
“Seramai 14 orang daripada mereka yang ditahan adalah remaja berusia 18 tahun ke bawah dan tiga daripadanya masih bersekolah termasuk pelajar tingkatan dua yang membeli motosikal menggunakan duit rayanya,” katanya di sini.
Seramai empat pegawai dan 45 anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Daerah Barat Daya terlibat dalam operasi itu.
Siti Nor Salawati berkata operasi itu tertumpu di beberapa kawasan sekitar Bayan Baru serta Pantai Seagate selepas pihaknya membuat pemantauan sejak dua minggu lepas bagi mengenal pasti laluan mat rempit.
Katanya polis menahan 120 orang termasuk dua wanita berusia antara 14 hingga 27 ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk turut dipercayai terlibat dalam kegiatan lumba haram.
Beliau berkata hasil pemeriksan sebanyak 52 buah motosikal disita kerana cukai jalan motosikal tamat tempoh, ubah suai tanpa kebenaran serta tiada lesen memandu.
“Selain itu, polis turut mengeluarkan sebanyak 50 saman kerana pelbagai kesalahan antaranya ubah suai motosikal, nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi dan tiada insurans kenderaan,” katanya. – BERNAMA