Pelakon Akui Selalu "Kantoi" Lakukan Seks Atas Pesawat

Cara Delevingne
Pelakon dan model terkenal, Cara Delevingne secara berterus-terang tanpa rasa malu mengaku dirinya gemar melakukan hubungan seks dalam pesawat.

Perkara itu didedahkannya menerusi temubual dengan majalah Love keluaran terbaru.

Cara, yang merupakan seorang biseksual kini menjalinkan hubungan intim dengan model wanita, St. Vincent.

Ketika bersama aktres Michelle Rodriquez
Menurut Cara; 24, dia gemar melakukan seks bukan sahaja di tandas pesawat malah di tempat duduknya.

“Saya sering melakukan hubungan seks di atas kapal terbang tapi selalu tertangkap. Ianya sangat sukar untuk tidak tertangkap.

“Ada sekali saya melakukan seks di tempat duduk dan seorang penumpang lelaki asyik memerhatikan hingga saya dan pasangan terpaksa menyuruh pramugari menegur lelaki tersebut supaya berhenti melihat,” katanya menceritakan antara pengalaman melakukan seks di atas awan.

Ketika bersama kekasihnya, ahli kumpulan One Direction, Harry Styles
Model kelahiran British tersebut sebelum ini pernah menjalin hubungan istimewa dengan aktres Michelle Rodriquez dan ahli kumpulan One Direction, Harry Styles. – Kedahnews.com