PETALING JAYA - Skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dilihat berada dalam landasan baik menjelang saingan Pusingan Kelayakan Piala Dunia Bawah 17 Tahun yang bakal berlangsung tahun hadapan.
Pengarah Program PPBN, Lim Teong Kim memberitahu, skuad Bawah 14 Tahun kini dalam persiapan rapi bagi persediaan pusingan kelayakan sebagai usaha merealisasikan impian negara beraksi pada Piala Dunia Bawah 17 pada 2019.
"Pemain-pemain kita semakin matang dengan menunjukkan prestasi yang baik setiap tahun namun masih banyak yang perlu diperbaiki. Setiap perubahan pemain dapat dilihat lebih jelas ketika siri Jelajah Eropah yang disenaraikan sebagai program tahunan PPBN.
"Program jelajah ini amat penting untuk perkembangan skuad kerana beberapa faktor seperti cuaca, cara permainan serta situasi di Eropah amat berbeza.
"Di sana kita boleh lihat perkembangan setiap pemain dan kita boleh lihat sama ada mereka ini 'jaguh kampung' atau tidak.
"Jika mereka masih mempunyai pemikiran jaguh kampung, ia tidak mengapa kerana kita beri masa untuk menukar mind set memandangkan pemain-pemain ini masih muda.
"Pengajaran seperti ini mesti bermula dari umur yang masih muda, kalau tidak mereka akan selalu jadi jaguh kampung," ujarnya ketika ditemui mStar Online.
Mengenai prestasi terbaharu skuad Bawah 14 yang mengikuti jelajah ke Eropah pada Jun lalu, Teong Kim berpendapat pemain-pemain muda negara telah mempelajari sesuatu yang penting untuk perkembangan mereka.
"Daripada 21 permainan, kita kalah tiga perlawanan. Berdepan dengan pasukan lawan yang mempunyai fizikal lebih besar, permainan yang kasar memberi satu persembahan negatif kepada sesetengah pemain kita. Mereka bukannya takut tetapi kurang selesa memandangkan di Malaysia tidak terdedah dengan situasi seperti itu.
"Tekanan dalam permainan lebih pantas daripada apa yang di terima di sini telah memberi masalah kepada pemain-pemain dan ini perlu diperbaiki lagi. Pemikiran kita perlu lebih pantas lagi untuk membuat keputusan yang lebih baik dan cepat.
"Bagaimanapun ia memberi manfaat kepada pemain-pemain untuk meningkatkan keyakinan," tambahnya.
Selain mengharungi siri perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkenal Eropah, skuad B-14 Tahun itu juga dijemput beraksi pada Piala Elit Mougins Bawah 14 tahun yang akan berlangsung di Mougins ,Perancis.
Sebagai rekod, program DNA bola sepak negara yang dilancarkan sejak dua tahun lalu mula menampakkan kemajuan sedikit demi sedikit mengikut 'blue print' PPBN bagi Fasa Pertama bermula 2014-2020 yang telah meletakkan sasaran untuk layak ke Piala Dunia Remaja Bawah 17 tahun pada 2019.
Sumber: mStar