Sa’adan Man |
ALOR SETAR – Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) menggesa semua pemandu bas agar memandu dengan berhemah dan selamat di jalan raya terutama sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Pengerusinya, Sa’adan Man berkata, perkara itu adalah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini termasuk kemalangan membabitkan penumpang yang ingin pulang menyambut hari raya beberapa hari lagi.
“Kejadian kemalangan ini adalah suatu insiden yang memang kita tidak jangka akan berlaku, tapi sebagai pemandu bertanggungjawab hendaklah memastikan penumpang sampai ke destinasi dengan selamat tanpa berlaku sebarang kemalangan.
“Kalau boleh kita jadikan zero kemalangan bas pada tahun ini di sepanjang musim perayaan sebab kadar kemalangan bas berbanding tahun-tahun sebelum ini juga semakin berkurangan,” katanya, semalam.
Menurutnya, pengurangan jumlah kadar kemalangan itu menunjukkan satu perkembangan positif dalam kalangan pemandu bas sendiri yang mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab yang diamanahkan untuk membawa penumpang.
“Kalau boleh saya minta pihak berkuasa supaya jangan ‘usik’ pemandu bas ini ketika dalam perjalanan sebab perkara itu boleh memberi tekanan kepada mereka.
“Kalau nak buat pemeriksaan bas dan saringan air kencing, buat awal. Jangan buat dalam tempoh seminggu sebelum raya sebab ganggu perjalanan dan bas akan mengalami kelewatan untuk sampai ke destinasi,” katanya.
Beliau berkata, usul mengenai perkara itu juga telah dibawa semasa perjumpaan antara PPBSM dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 23 dan 29 Jun lalu.
“Itu yang kita bangkit semasa perjumpaan selama dua hari. Kita minta semua pihak termasuk JPJ, SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) dan polis juga dapat bagi kerjasama kepada pemandu bas.
“Kita tak boleh salahkan satu pihak saja kalau berlaku kemalangan, sebaliknya kita perlu bekerjasama untuk cari penyelesaian kepada masalah itu. Kalau pemandu bas alami tekanan, kita khuatir berlaku sesuatu tidak diingini,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pemandu bas dan menasihati supaya memandu mengikut had kelajuan yang ditetapkan.
Sumber: Sinar Harian