Pemuda UMNO Kedah Persoal Kredibiliti DOJ, Lorreta Lynch

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
ALOR SETAR - Ketelusan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dipersoal apabila wujud dakwaan yang mengatakan jabatan itu disyaki sengaja mengeluarkan kenyataan yang mencetus persepsi negatif terhadap kepimpinan negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, kenyataan Peguam Negara AS, Lorreta Lynch tentang "Malaysia Official 1" bagaikan sengaja digembar-gembur bagi memenuhi kempen pihak tertentu yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Pemuda UMNO Kedah juga agak sangsi akan tindakan Lorreta Lynch yg dilihat cuba mencetuskan persepsi "kepimpinan" apabila berulang kali mengutarakan kewujudan "Malaysian Official 1".

"Hakikatnya, proses siasatan dan penghakiman thdp saman sivil ini masih panjang dan melibatkan pelbagai pihak dan pihak," tegasnya Shaiful Hazizy kepada Kedahnews.com di sini, hari ini.

Kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok itu, beliau turut mengesyaki tentang wujudnya dakwaan yang mengatakan terdapat pihak tertentu yang menabur wang lumayan kepada kumpulan pelobi di negara "Uncle Sam" itu membabitkan kenyataan DOJ tersebut.

"Pemuda UMNO Kedah juga mengesyaki bahawa ada sejumlah pembayaran dibuat oleh pihak2 tertentu kpd kumpulan pelobi khas di Amerika Syarikat yg membawa kpd proses saman sivil oleh DOJ ini," katanya lagi.

Difahamkan bahawa amalan politik "pintu belakang" Amerika Syarikat sememangnya amat sinonim  dengan campur tangan kumpulan pelobi yang sering dikaitkan dengan rejim Zionis Yahudi Israel yang menentukan tindakan dan polisi "luar biasa" di negara berkenaan.

Justeru itu, Shaiful Hazizy dalam kenyataannya Beliau menzahirkan solidariti seluruh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah terhadap Mohd Najib untuk terus mengemudi negara sebagai Perdana Menteri dengan baik. -Kedahnews.com