Tepung gandum yang dijual melebihi harga siling di sebuah kedai runcit di Padang Temusu. |
SUNGAI PETANI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani mengarahkan peniaga yang menjual tepung gandum melebihi harga siling menghentikan serta-merta penjualan barang kawalan itu.
Ketua cawangannya, Shaarani Miskat berkata, pemeriksaan yang dibuat ke atas sebuah kedai runcit di Padang Temusu di sini mendapati dua jenis tepung gandum berbeza pembungkusan dijual dengan harga RM1.35 dan RM1.65 sekilogram.
Menurutnya, arahan menghentikan penjualan diberikan serta-merta selain meminta peniaga mengeluarkannya dari rak jualan.
“Pasukan Operasi KPDNKK Cawangan Sungai Petani pergi ke premis terbabit atas aduan orang awam dan mendapati terdapat dua jenis tepung gandunm 1 kilogram berbeza pembungkusan dijual dengan harga berlainan.
“Hasil semakan ke atas invois belian kedai menunjukkan peniaga menerima harga RM1.65 daripada pemborong dan memang sukar untuk dijual dengan harga siling iaitu RM1.35 di mana akan mengalami kerugian sebanyak 30 sen.
“Bagaimanapun, kita arah peniaga supaya tidak menjual serta-merta dan mengeluarkannya dari rak,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan dibuat ke atas pemborong yang membekalkan barangan terbabit.
Maklumat juga disalurkan ke Ibu Pejabat KPDNKK untuk membuat semakan di kilang pengeluar.
“Kita serah kes kepada Ibu Pejabat untuk melakukan siasatan lanjut memandangkan lokasinya luar dari bidang kuasa kawasan Sungai Petani,” katanya.
Katanya, siasatan boleh dikenakan bawah Perintah Kawalan Harga (Pelabelan oleh Pengilang, Pengimport, Pengeluar) 1980 (pindaan) 1993 Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011.
Sumber: Sinar Harian