Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar |
SHAH ALAM - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan semua pengguna di laman sosial memeriksa sumber maklumat disebar termasuk yang menggunakan nama keluarga Diraja Johor sebelum menyebar dan mempercayainya.
Menurut baginda, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana ahli keluarga Diraja Johor, hanya akan dilakukan melalui akaun Facebook rasmi.
“Kebelakangan ini, terdapat beberapa kenyataan yang tidak wajar tersebar di laman media sosial, yang memberikan gambaran bahawa pernyataan-pernyataan tersebut dikeluarkan oleh ahli-ahli keluarga Diraja Johor.
“Kita hidup pada zaman media sosial dan kami, keluarga Diraja menggunakan ia sebagai perantara untuk mendekati dan berhubung dengan bangsa Johor. Namun demikian, akan ada yang akan menyalahgunakan saluran media untuk mendapat perhatian,” titahnya.
Titah berkenaan dimuat naik menerusi status terbaru baginda di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda turut menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan seperti terdapat pada artikel bertajuk ‘Terkini Ringgit Jatuh RM4.4’ yang disebarkan di media sosial.
“Saya ingin menegaskan bahawa tiada kenyataan sedemikian pernah dikeluarkan oleh saya, mahupun pejabat saya, dan saya memandang ia sebagai bersifat memfitnah, satu perlakuan yang mengaibkan, mencalar maruah dan patut dikecam.
“Minggu lalu, seorang wanita muda dari Batu Pahat telah menyebarkan khabar angin di media sosial bahawa isteri saya, Permaisuri Johor ( Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah) telah menitahkan larangan ke atas 'solat' dan laungan 'azan'. Publisiti murahan oleh individu ini amat menyakiti dan mendukacitakan isteri saya ,” titahnya.
Dalam pada itu, baginda menegaskan Istana Johor mengekalkan pendirian tegas untuk berkecuali dalam hal berkaitan politik negara.
“Semakin sensasi dan bersifat menghasut sesuatu berita itu, lebih lagi ia menuntut anda, pembaca yang bijak bestari untuk lebih berwaspada tentang punca dan niat buruk seseorang itu,” titahnya.
Sumber: Sinar Harian