Gambar Hiasan |
“TAHNIAH”, “Alhamdulillah, “Syoknya” dan “doakan untuk aku” – Itulah antara ungkapan yang diterima bukan sahaja oleh penulis tetapi juga sesiapa sahaja yang disahkan bakal berangkat menunaikan haji pada musim ini.
Sememangnya, menunaikan Rukun Islam kelima itu menjadi impian setiap Muslim di dunia ini.
Namun tidak semua akan terpilih menjadi tetamu Allah. Selain masalah kuota, terdapat beberapa halangan lain yang mungkin menyebabkan sehingga akhir hayat seseorang itu tidak dapat menunaikan ibadah tersebut.
Atas sebab itulah kepada 22,320 bakal haji Malaysia pada tahun ini, mereka tidak seharusnya mensia-siakan kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu-Nya. Bayangkanlah, ketika mereka membuat pelbagai persiapan untuk menjejak kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah, terdapat ribuan lagi yang merintih, merayu dan berdoa setiap masa agar nama mereka dipilih untuk menjadi jemaah haji.
Bakal haji harus membuang jauh sebarang perasaan untuk menganggap perjalanan ke tanah suci Mekah sekadar perkara biasa kerana telah lama menyimpan wang di Tabung Haji, sebaliknya perlu menghargai dan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya untuk menyucikan segala dosa sehingga menjadi seorang insan sama seperti mana bayi yang baru dilahirkan.
Berdasarkan hasrat itulah juga Tabung Haji sejak sekian lama berusaha memastikan bakal haji Malaysia membuat persiapan rapi sebelum berangkat menunaikan haji. Pelbagai usaha dilakukan oleh Tabung Haji termasuklah mengadakan kursus khas bagi memberi panduan kepada mereka.
Ketika mengikuti Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama dua hari pada Sabtu lalu, penulis berkesempatan menyelami, menghayati bagaimana gigihnya Tabung Haji melalui para petugasnya mengatur program yang bertujuan memberi ilmu sebanyak mungkin kepada jemaah haji bagi membolehkan mereka laksanakan ibadah itu dengan sempurna.
Sebaik sahaja melaporkan diri semua jemaah sekitar 1,400 orang khususnya lelaki diwajibkan memakai pakaian ihram bagi membiasakan diri mereka dengan pakaian itu apabila berada di tanah suci kelak. Mereka juga diberi taklimat mengenai ibadah umrah dan menjalani latihan praktikal bagi aktiviti tawaf, saie dan tahallul.
Turut diberikan penekanan adalah aktiviti haji seperti berwukuf, bermabit (bermalam) di Muzdalifah dan melontar jamrah. Semuanya dilakukan secara tertib dan teratur dengan dibantu oleh fasilitator ibadah haji yang diketuai oleh Drs. Sapawi Che Mat.
Bagi persiapan rohani, bakal haji diberikan keinsafan melalui qiamullail bermula pada pukul 5 pagi sehingga solat subuh. Dengan cahaya lampu yang samar-samar di dalam Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, mereka dibimbing untuk melaksanakan solat tahajud, taubat, hajat dan witir di samping melafazkan zikir-zikir memohon keampunan kepada Allah SWT.
Tabung Haji menganjurkan kursus seumpama itu bagi memastikan bakal haji benar-benar bersedia dari segi rohani dan jasmani bagi melaksanakan ibadah tersebut. Malah Tabung Haji juga menghantar pasukannya sendiri bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ibadah haji oleh jemaah-jemaah daripada negara ini. Mereka bertungkus lumus sepanjang masa untuk memberi perkhidmatan terbaik.
Hakikatnya, Tabung Haji sudah melakukan segala-galanya demi kepentingan jemaah haji dan itu belum lagi mengambil kira bagaimana Tabung Haji memberikan subsidi sebanyak RM8,910 seorang bagi haji muassasah. Untuk rekod, kos haji sebenar adalah RM18,890 bagaimanapun bakal haji hanya perlu membayar RM9,980 sahaja.
Oleh itu, segala jasa baik Tabung Haji perlu dibalas oleh bakal haji Malaysia dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk berusaha mendapat haji mabrur. Matlamat mereka menyimpan di Tabung Haji adalah bagi menjadi tetamu Allah dan kini bagi 22,320 orang impian tersebut telah tercapai.
Mereka bersama-sama jutaan lagi umat Islam dari seluruh dunia akan berkumpul di Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah tersebut. Justeru tumpulah perhatian untuk memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya.
Buat persediaan dari tanah air untuk menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar berkunjung ke Mekah sebagai tetamu-Nya. Jangan dipesongkan niat ibadah itu dengan perkara melekakan. Bersedialah untuk menjadi satu lagi kelompok jemaah haji Malaysia yang terus mendapat pujian kerajaan Arab Saudi saban tahun. Sesungguhnya, kerajaan negara itu sentiasa sahaja berusaha meningkatkan segala kemudahan bagi memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu Allah.
Ingatlah ini mungkin peluang terakhir untuk mereka menjejak kaki di tanah suci sebagai seorang bakal haji. Mengikut rekod Tabung Haji, ketika ini terdapat 2.6 juta rakyat negara ini yang menunggu giliran untuk menunaikan haji manakala terdapat 73,000 orang sedang menanti rayuan.
Justeru fikirkanlah betapa beruntungnya 22,320 orang bakal haji Malaysia yang telah terpilih. Jangan sia-sia peluang menjadi tetamu Allah ini. Bermula detik ini tanamkanlah azam dan tekad untuk memastikan kita mendapat haji mabrur. Buat seketika lupakanlah soal dunia, tumpukanlah perhatian sepenuhnya kepada persiapan untuk menjadi tetamu Allah agar pemergian kita ke tanah suci tidak dianggap sekadar ‘makan angin’.
Semoga pada tahun ini melalui kesungguhan pengurusan Tabung Haji dan sikap berdisiplin jemaah haji, nama Malaysia sekali lagi akan mendapat pujian kerajaan Arab Saudi dan menjadi contoh kepada negara-negara lain serta pengiktirafan itu diiringi dengan doa agar seluruh jemaah haji Malaysia mendapat haji mabrur.
Sumber: Utusan