PKR Kecam Karikatur Akhbar Nanyang Siang Pau

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh menggesa akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau menarik balik karikatur mirip tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan pada 25 Julai lalu.

Ketua AMK Permatang Pauh, Mohd. Sharmizan Mohammad Nor mendakwa kononnya karikatur mirip ADUN Penanti, Ong Chin Ween; ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dan ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin yang disiarkan akhbar itu berniat jahat.

“Karikatur ini menyatakan tiga kawasan DUN berisiko tinggi untuk kalah jika Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang diadakan disebabkan perkhidmatan pada rakyat kurang memuaskan dan gagal melaksanakan tugas dengan baik.

“Tuduhan yang dilemparkan ini dalam karikatur kartun ini adalah berunsur fitnah kerana dapatan fakta yang dilaporkan adalah bersifat ‘hearsay’ atau khabar angin,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Ironinya, parti pembangkang sebelum ini mempertahankan beberapa karikatur yang menghina pemimpin negara atas alasan hak kebebasan.

Malah, parti pembangkang turut berbangga menyebarkan pelbagai maklumat dengan hanya berdasarkan khabar angin kerana menguntungkan agenda politik mereka. – Kedahnews.com