KETUA Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pilihan raya mengejut yang dirancang dijalankan di negeri itu tidak akan diteruskan.
Dalam satu sidang media hari ini Lim berkata, alasannya adalah pihak PKR tidak bersetuju dengan perkara itu.
PKR menerusi Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sememangnya ada menyatakan rasa kurang yakin terhadap idea pilihan raya awal di Pulau Pinang, beberapa hari lalu.
Walaupun keputusan itu dibuat sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) namun Wan Azizah berkata, PKR turut mengadakan perbincangan dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk mendapatkan keputusan.
“Selepas perbincangan menyeluruh, termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat memutuskan secara sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut,” ujarnya. – Kedahnews.com