Pokemon GO Punca Polis Australia Perketat Kawalan


SYDNEY – Pemainan terbaharu Nintendo, Pokemon GO sejak dilancarkan minggu lalu bukan sahaja mendapat sambutan hebat dalam kalangan peminat gajet.

Malah ia turut menyebabkan pihak berkuasa meningkatkan lagi tahap undang-undang pencerobohan dan keselamatan di Australia.

Pemainan itu kini lebih banyak di telefon Android berbanding aplikasi temujanji Tinder dan bersaing sengit dengan rangkaian sosial Twitter, menurut sebuah firma analisis.

Menonjolkan sisi negatif kepada popularitinya, pemainan itu kini menyebabkan penggunanya tanpa sengaja ceroboh tempat larangan awam seperti kawasan di sekitar Opera House, Botanical Gardens dan beberapa kawasan persendirian.

Polis Australia difahamkan menerima pelbagai aduan berkenaan pemain aplikasi itu yang dilihat terlalu ‘teruja’ menangkap Pokemon sehingga mengabaikan faktor keselamatan dan undang-undang sedia ada.

Slogan di laman rasmi Facebook pihak polis Australia kini menjadi sebutan apabila menggunakan tagline terkenal siri animasi Jepun itu iaitu ‘We’re gonna catch ’em all!’ yang merujuk kepada orang awam yang menceroboh dan melakukan kesalahan dek kerana terlalu leka bermain.


Polis turut memberi amaran kepada penggemar supaya berwaspada menggunakan telefon pintar dan peranti lain untuk mencari karektor permainan itu.

“Apabila anda terbabit dalam permainan itu dan tidak memberi perhatian kepada apa yang berlaku sekeliling, anda boleh ditimpa masalah.

“Anda seharusnya lebih peka dan tidak melanggar undang-undang sewaktu bermain dan digalakkan untuk tidak pergi ke ke tempat atau kawasan yang baru,” tulis pihak polis dalam satu kenyataan.

Dibangunkan oleh Pokemon Company International, Niantic Inc. dan Nintendo Co. Ltd., pemainan itu menggunakan pemetaan GPS dan sistem kamera pada telefon pemain.

Permainan berasaskan konsep Argument Reality (AR) itu telah dilancarkan di beberapa negara seperti Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat dan dilaporkan mengguli carta nombor satu aplikasi yang dimuat turun di Google Play dan Apple App Store. –Kedahnews.com