PHILADELPHIA– Hillary Clinton catat sejarah apabila dipilih wakil Parti Demokrat untuk calon presiden.
Beliau catat sejarah sebagai wanita pertama menerajui parti politik utama dalam usaha merebut kerusi utama di White House.
Delagasi bersorak apabila saingan terdekat Clinton iaitu Bernie Sanders, mengumumkannya — satu tindakan memaparkan penyatuan di kalangan ahli bagi parti politik yang cuba untuk menyelamatkan keretakan.
“Hati saya tersentuh apabila Hillary Clinton dipilih sebagai wakil Parti Demokrat untuk calon presiden Amerika Syarikat,” kata Sanders.
Pada November ini, Hillary Clinton akan berdepan Donald Trump, yang dipilih wakil Republikan.
Bagaimanapun, suasana tidaklah begitu manis yang disangka. Sejurus Clinton dinamakan, penyokong Sanders kemudian menggamatkan dewan.
Mereka menuju ke arah wartawan untuk menyatakan bantahan.
Selain itu, beratus penyokong Bernie berada di luar Dewan Bandaraya Philadelphia sambil melaungkan `Bernie or bust’.
Sementara itu, pada hari kedua konvensyen parti itu, bekas presiden, Bill Clinton, yang berada di pentas memberikan ucapan mengenai isterinya.
Beliau menyatakan jaminan terhadap kesinambungan kekuatan pengganti tapi inilah pertama kali ucapan itu merujuk kepada pasangan bekas presiden.
“Inilah sejarah yang dimulakan sejak kira-kira 100 tahun lalu,” kata Karen Finney, penasihat kanan kempen buat Clinton.
Sumber: myMetro