Lim Guan Eng. |
Guan Eng berkata parti baharu dalam gabungan Pakatan Harapan itu telah bersetuju untuk bertanding pada pilihan raya negeri Pulau Pinang sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
"Sekarang ini hanya tinggal PKR. Kami berharap pemimpin mereka akan membuat keputusan untuk menyokong usaha tersebut pada Selasa.
"Saya tahu PKR bimbang kehilangan kerusi. Kami juga bimbang.
"Tetapi masa depan Pulau Pinang akan menjadi cerah sekiranya kita mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat," katanya kepada orang ramai yang menghadiri taklimat awam kerajaan negeri bertajuk 'Masa Depan Pulau Pinang' di sini malam Isnin.
Presiden Amanah Mohamad Sabu, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu turut tampil di pentas tetapi tidak mengumumkan perkara itu.
Ditanya kemudian, Mat Sabu berkata beliau menjangkakan pengumuman itu akan dibuat pada Mesyuarat Majlis Presiden (MMP) Pakatan Harapan.
"Kami belum membincangkan pembahagian kerusi lagi. Kami akan menunggu keputusan PKR terlebih dahulu," katanya kepada pemberita.
Sumber: mStar