KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam semalam memutuskan masih belum yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu malam semalam setelah mengambil kira pandangan masyarakat.
“Mesyuarat telah memutuskan secara sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan berkenaan,” katanya.
Dr Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang berkata PKR akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi untuk menerangkan keputusan parti itu kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat.
Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Parti Amanah Negara) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai pilihan raya negeri itu. – BERNAMA