Proton Rancang Keluarkan Model Saga Jenis Wagon?


SEJAK semalam, beberapa gambar yang menunjukkan sebuah kereta Proton jenis ‘wagon’ mula tersebar menjadi sensasi di medai sosial.

Gambar yang dimuat naik pengguna Facebook Zainul Azraai itu menerima pelbagai respons dari orang ramai berkenaan model wagon yang nampaknya begitu teruja dengan kenderaan baru itu.

Netizen rata-ratanya memberikan pendapat ia adalah wajar untuk dibangunkan jika berbentuk wagon. Namun jika dilahirkan sebagai MPV, ramai yang mengatakan saiznya yang kecil (berbanding Exora) dan nampak tidak sesuai.

Menurut portal automotif terkenal Paul Tan, difahamkan model prototaip wagon ini adalah sebagai kajian permulaan, namun buat masa ini, ia tidak ada dalam perancangan untuk dibangunkan.

“Proton sudah memiliki terlampau banyak model, jadi kena merasionalisasikannnya. Lagi pun Proton tidak pernah membuat sebarang pengumuman untuk varian ini (wagon),” ujar sumber.



Jadi nampak gayanya mungkin model ‘Saga wagon’ ini sekadar di peringkat kajian permulaan sahaja dan Proton ternyata mungkin terdapat perancangan lain berkenaan model tersebut.

Apa-apa pun, pastinya Proton sedang sibuk dengan persiapan untuk model baharu bagi Persona, Saga dan MPV-B (Ertiga), yang telah disahkan bakal dilancarkan pada tahun ini.

Apa pendapat anda, adakah model wagon ini patut berada dalam senarai model yang bakal dibangunkan oleh Proton selepas Perdana generasi keempat? – Kedahnews.com