Antara Jawatankuasa Pusat Islam PTSB serta Jawatankuasa Pemulihan Dadah Kulim turut bersama melakukan aktiviti pengasingan dan menimbang naskhah al-Quran lama dan rosak. |
KULIM - Pusat Islam Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berjaya mengumpul lebih 3,000 al-Quran untuk dilupuskan dalam tempoh 14 hari.
Pengerusinya, Irwan Idris berkata, Program Pelupusan Al-Quran Lama dan Rosak kali ke-3 dengan kerjasama Jawatankuasa Pemulihan Dadah Kulim serta Pejabat Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu telah dilancarkan pada 13 hingga 18 Mei lalu di sini.
Menurutnya, program yang dijalankan kali ini berjaya mengumpulkan lebih banyak al-Quran lama dan rosak yang diserahkan masyarakat setempat termasuk institusi pengajian tinggi dan masjid.
“Kali ini kita telah kutip lebih 3,000 naskhah bersamaan lebih tiga tan metrik al-Quran yang rosak sama ada di makan anai-anai atau rosak pada cetakannya.
“Tahun sebelum ini kita hanya berjaya kutip satu tan metrik sahaja, Alhamdulillah kita berjaya lupuskan mengikut prosedur yang betul,” katanya.
Menurutnya, kerja menimbang dan pengasingan turut dilakukan sebelum ia dihantar kepada pihak syarikat yang akan melupuskan naskhah al-Quran di Alor Setar.
“Kita perlu buat pengasingan juga kerana ada juga yang serahkan Muqadam dan Iqra, yang ini kita akan letak satu tempat dan dilupuskan cara lain,” katanya.
Tambahnya, pihaknya juga turut menerima panggilan dari luar negeri yang turut berminat untuk menghantar al-Quran yang rosak.
“Namun kita terpaksa menolak kerana ia terhad dan tiada pengangkutan disediakan untuk proses serahan naskhah al-Quran itu,” katanya.
Selain itu katanya, program ini juga adalah untuk membantu masyarakat yang tidak tahu cara sebenar melupuskan al-Quran lama yang mereka ada.
“Kita juga bercadang untuk lakukan pada setiap tahun, namun kalau ada permintaan baru kita laksanakan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian