Rafizi Dihentam Sebab Hina Keluarga Orang Tapi Sembunyi Keluarga Sendiri

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR – Kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli tentang punca beliau ‘menyembunyikan’ keluarganya daripada khalayak ramai gagal mengundang simpati orang ramai sebaliknya menerima cemuhan sebilangan netizen.

Rafizi dalam satu kenyataan baru-baru ini mendedahkan punca beliau tidak pernah membawa isteri atau anaknya ke program politik atau khalayak ramai kerana bimbang akan menjadi senjata musuh-musuh politiknya.

“Pernah sekali kami diambil gambar bersama, gambar itu dijadikan bahan oleh blog-blog membuat cerita bahawa isteri saya minta cerai kerana saya lebih suka kepada lelaki serta saya tidak ada nafsu terhadap isteri saya.

“Saya mula faham ketika itu bahawa musuh politik saya akan kata perkara yang terkeji hanya untuk melemahkan semangat saya,” dakwanya seperti disiarkan oleh sebuah portal berita pada 27 Jun lalu.

Bagaimanapun, netizen yang membaca berita berkenaan dengan pantas melemparkan pelbagai cemuhan melalui ruangan komen.

Seorang netizen menggunakan nama media sosial Anak Cine Sky High berkata, kenyataan Rafizi itu sangat jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin politik yang hanya mementingkan diri.

“Inilah manusia yang bernama Rafizi Ramli. Sorok isteri dan anak dari khalayak ramai kerana takut mereka menjadi bahan atau senjata untuk melemahkan semangat beliau.

“Tetapi pada beliau tidak pula berasa perasaan yang sama apabila menghentam, caci maki, memfitnah, mentertawakan serta membuat bahan jenaka kepada anak-anak serta isteri-isteri musuh politiknya. Sehingga pada ketika suatu kes hingga ke mahkamah beliau baru mengaku bahawa beliau sebenarnya bergurau.

“Inilah Rafizi. Ingatkan pahlawan rupanya hanya tukang pegang bendera perang dan tukang sorak. Bila perang tiba beliau yang pertama lari tinggalkan bendera,” katanya.

Darna Arif pula berkata, “Rafizi..jangan fitnah orang lain kalau takut bini sendiri jadi mangsa fitnah. Bini kau tu cantik banyak modal orang boleh buat fitnah”

Airun Rashid berkata: “Fitnah orang lain kata gurau. Takut pula isteri sendiri kena. Semoga sedar”

Umum mengetahui Rafizi merupakan pakar propaganda Pakatan Harapan yang menjalankan tugas untuk menyebarkan pelbagai fitnah dan dakyah tentang kerajaan dalam pemikiran rakyat. – Kedahnews.com