VIRAL menerusi laman mikro Twitter Kementerian Pertahanan Malaysia menunjukkan beberapa keping gambar eksklusif Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengikuti latihan ketenteraan di sebuah kem.
Terbaru, Tengku Amir Shah dilihat telah melaporkan diri dengan menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion ke-17 di Kem Terendak, Melaka baru-baru ini.
Difahamkan, baginda yang kini berusia 25 tahun bakal ditauliahkan dalam majlis penuh istiadat yang akan berlangsung pada Selasa depan.
Sebelum ini, Tengku Amir Shah pernah menjalani latihan penyesuaian sebagai pegawai kadet di Kolej Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Malahan baginda juga pernah mendapat pendidikan ketenteraan selama 18 bulan di Royal Military Academy di Sandhurst, United Kingdom.
Tengku Amir Shah merupakan putera tunggal daripada tiga beradik kepada Sultan Selangor dan dilahirkan pada 12 Disember 1990 di Amerika Syarikat.
Penglibatan baginda dalam ketenteraan itu jelas mengikut jejak langkah nendanya, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1952 untuk menyertai latihan Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan.
Almarhum kemudian ditauliahkan Queen Commission dengan pangkat sebagai Kapten dan kemudian Mejar.
Bagaimanapun, penglibatan kerabat diraja dalam pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukanlah suatu perkara yang asing lagi di negara ini.
Namun di era millenium ini, penyertaan Raja Muda Selangor menganggotai Rejimen Askar Melayu DiRaja itu mendapat pujian ramai ekoran sifat diri baginda yang berjiwa rakyat, merendah diri dan baik budi pekertinya. – Kedahnews.com