Rampasan Kuasa Berjaya Dipatahkan, Negara Terkawal - PM Turki


ANKARA – Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, berkata keadaan di negara itu kini ‘sebahagian besarnya terkawal’ selepas cubaan merampas kuasa daripada sekumpulan kecil tentera, katanya kepada stesen televisyen NTV.

Dalam pada itu, agensi penyiasatan Turki, MIT berkata ia turut menjadi sasaran kumpulan perampas tetapi cubaan mereka telah ‘digagalkan’, kata jurucakap sambil menambah tiada kakitangannya yang cedera. – AFP