Lokasi kejadian yang berlumuran darah. |
SUNGAI PETANI - Seorang remaja maut dan rakannya cedera parah selepas terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat di Bandar Laguna Merbok, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.44 petang itu, mangsa merupakan penunggang motosikal Yahama, Muhammad Luqman Ismail, 17, bersama rakannya yang juga pembonceng, Muhammad Azmi Aznan, 17, terlibat dalam kemalangan
ketika dalam perjalanan dari Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok, di sini, menghala ke rumah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, ketika kejadian Muhammad Luqman dipercayai dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Sungai Pinang Dalam, Bedong Kedah.
“Setiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki dua rakan itu, tiba-tiba hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan dan sebatang pokok.
“Akibat perlanggaran itu, kedua mangsa cedera parah di kepala kerana tidak memakai topi keledar semasa kejadian,” katanya di sini, kelmarin.
Katanya, penunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala pembonceng dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian