Francois Hollande |
PARIS – Media sosial Perancis heboh mengenai rambut presiden negara itu, Francois Hollande selepas laporan mendakwa beliau berbelanja besar setiap bulan menggaji seorang tukang gunting.
Pekerja tersebut berkhidmat sepanjang 24 jam sehari hanya untuk memastikan rambut pemimpin tertinggi Perancis itu sentiasa kelihatan kemas bergaya.
Akhbar satira Le Canard Enchaine mencetuskan kehebohan itu dengan laporan bahawa pemimpin berusia 61 tahun itu membayar hampir 10,000 euro (RM43,000) sebulan untuk merapikan rambutnya.
Dakwaan itu bagaimanapun kemudian disahkan oleh pihak kerajaan.
“Setiap orang menggunting rambut. Tukang gunting ini terpaksa meninggalkan kedainya dan dia berkhidmat sepanjang 24 jam sehari untuk Hollande,” kata jurucakap kerajaan, Stephane Le Foll.
Le Foll mengesahkan laporan bahawa tukang gunting Hollande dibayar 10,000 euro sebulan.
Dia bagaimanapun menegaskan, bajet operasi Istana Elysee, tempat penginapan rasmi Presiden Perancis berkurang antara 15 dan 20 peratus selepas Hollande mengambil alih jawatan daripada Nicolas Zarkozy pada 2012.
Pengguna Twitter mengambil kesempatan meminda gambar Hollande dengan menunjukkan pelbagai gaya rambutnya termasuk seperti Ratu Elizabeth, punk dan bekas pemain Paris Saint-Germain, Zlatan Ibrahimovic. – Agensi