SETELAH beberapa kontroversi melanda pelakon ini, dia nekad ‘mengupah’ pengawal peribadi untuk menemaninya dalam setiap urusan berkaitan kerjaya seni.
Heroin Hello Mr. Perfect, Ruhainies, kini lebih selesa ditemani oleh ibunya yang juga dianggap ‘pengawal peribadi’ bagi mengelak berulangnya kontroversi seperti yang berlaku pada minggu lalu.
“Saya bertuah kerana ibu yang mahu menemani saya dan menjadi teman paling rapat. Ibu juga banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya.
“Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, ibu banyak nasihatkan saya supaya bertenang berdepan dengan dugaan,” katanya kepada BH Online.
Tambah Ruhainies, dia kini berasa lebih selesa dan yakin apabila wanita itu berada di sampingnya.
“Ketika kejadian lalu itu pun saya tidak berseorangan, malah ditemani adik dan beberapa teman. Jadi, untuk beberapa tempoh waktu ini saya lebih selesa dan yakin apabila ibu berada di sisi.
“Mengenai apa yang berlaku, saya yakin semua pihak sudah maklum dan saya juga sudah berikan kenyataan,” katanya.
Menurut Che Bunga Salleh iaitu ibu kepada Ruhainies, dia sanggup menjadi ‘pengawal peribadi’ demi kebaikan anaknya dan dia turut berasa sedih melihat anaknya berkurung di dalam bilik gara-gara kontroversi yang melanda.
Bagaimanapun, sebagai seorang ibu, Che Bunga sentiasa menasihati dan mendoakan Ruhainies supaya menjaga tingkah laku dan tutur katanya. –Kedahnews.com

Bersama ibunya yang kini menjadi "pengawal peribadi"nya, Che Bunga Saleh |