PETALING JAYA - Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berjaya mendapatkan bantuan berupa sebuah rumah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk penyanyi popular era 80-an iaitu Sahara Yaacob selepas kisahnya tinggal dalam keadaan daif dalam sebuah stor di Hulu Langat mendapat perhatian.
Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, Sahara menerusi bantuan DBKL akan berpindah ke kediaman baharunya yang terletak di Pusat Perumahan Rakyat (PPR), Seri Alam Sungai Besi dekat sini pada 1 Ogos depan.
"Pihak Seniman mendapat perkhabaran mengenai keadaan Sahara pada Ramadan lalu dan selepas melihat sendiri keadaan beliau kami segera bertindak untuk mendapatkan bantuan.
"Alhamdulillah surat yang ditulis terus kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus mendapat perhatian dan kami di pihak Seniman amat berterima kasih kepada beliau.
"Tindakan proaktif daripada DBKL juga mempercepatkan bantuan kepada Sahara yang akan berpindah ke kediaman baharunya pada 1 Ogos depan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.
Zed bersama ahli jawatankuasa Seniman hadir ke kediaman Sahara di Hulu Langat untuk memaklumkan perkhabaran gembira itu bersama-sama Timbalan Pengerusi Yayasan Artis Veteran Malaysia, Tommie Tomiran dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Selain Seniman, wakil daripada DBKL iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan DBKL, Datuk Rizalman Mokhtar, Lembaga Penasihat DBKL, Ahmad Faisal Abdul Karim dan Pengarah Jabatan Perumahan DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor turut hadir pada pertemuan itu.
Sementara itu, Sahara atau nama sebenarnya Zaharah Mohd Yaacob, 60, berkata, dia langsung tidak menyangka masih ada pihak mengambil berat tentang dirinya walaupun lenyap daripada industri hiburan sejak 16 tahun lalu.
Bagaimanapun kata Sahara, dia tidak berniat untuk meraih simpati daripada sesiapa kerana tidak mahu dipandang serong masyarakat.
"Tiada kata lain dapat saya ucapkan selain terima kasih dan bersyukur atas keperihatinan terhadap diri saya dan sudi menghulurkan bantuan.
"Pelbagai dugaan telah saya lalui namun sokongan anda semua cukup membuatkan saya terharu," katanya.
Bercakap mengenai perancangannya selepas berpindah kelak, Sahara berkata, dia berhasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi selain merancang untuk mengadakan konsert buat peminatnya.
Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, Sahara menerusi bantuan DBKL akan berpindah ke kediaman baharunya yang terletak di Pusat Perumahan Rakyat (PPR), Seri Alam Sungai Besi dekat sini pada 1 Ogos depan.
"Pihak Seniman mendapat perkhabaran mengenai keadaan Sahara pada Ramadan lalu dan selepas melihat sendiri keadaan beliau kami segera bertindak untuk mendapatkan bantuan.
"Alhamdulillah surat yang ditulis terus kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus mendapat perhatian dan kami di pihak Seniman amat berterima kasih kepada beliau.
"Tindakan proaktif daripada DBKL juga mempercepatkan bantuan kepada Sahara yang akan berpindah ke kediaman baharunya pada 1 Ogos depan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.
Sahara dulu terkenal dengan jolokan "Tina Turner Malaysia" |

Sumber: mStar