Selena Gomez Sampai Terlanggar Pagar Gara-Gara Paparazi

Selena Gomez
PENYANYI Selena Gomez melanggar sebuah pagar ketika cuba keluar daripada tempat letak kereta selepas berkunjung ke sebuah salun kecantikan baru-baru ini.

TMZ melaporkan kejadian itu berlaku disebabkan Selena cuba mengelak daripada paparazi yang mengambil gambar dan video dirinya.

Video kejadian itu kini tersebar secara meluas di Internet.

Selena melanggar pagar ketika cuba lari daripada paparazi.
Dalam video berkenaan turut memperlihatkan seorang wanita dan lelaki membantu Selena mengeluarkan keretanya.

Selena bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta mewah miliknya juga hanya mengalami kerosakan kecil.

Sumber: mStar