PETALING JAYA - Penyanyi era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 75, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada pagi Sabtu selepas diserang angin ahmar awal pagi Rabu lalu di Perlis.
Anaknya Athinia Imezs, 21, berkata, bapanya rebah ketika berada di Perlis untuk menghadiri undangan berbuka puasa bersama anak yatim dan dibawa ke Hospital Perlis pada Khamis.
"Ayah berada di Perlis untuk undangan berbuka puasa dan dia diserang angin ahmar kira-kira pukul 5 pagi Rabu ketika ingin ke tandas. Dia kemudian dibawa Hospital Perlis pada Khamis.
"Kemudian pada Jumaat rakan-rakannya bawa balik ayah ke rumah terlebih dahulu sebelum kami membawanya ke Hospital Kuala Lumpur semalam (Sabtu)," ujarnya.
Athinia berkata, bapanya mengalami serangan angin ahmar yang mengakibatkan sebelah kiri anggota badan tidak boleh bergerak.
Bagaimanapun, katanya, doktor masih lagi membuat pemeriksaan terhadap tahap angin ahmar yang dialami oleh bapanya itu.
"Sebelah kiri badan tidak boleh bergerak tapi ayah boleh bercakap walaupun dalam keadaan lemah.
"Doktor masih lagi buat pemerikaan untuk mengetahui tahap angin ahmar tersebut," ujarnya.
Dahlan sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada September 2005.
Selain itu, beliau pernah dijangkiti kuman pada paru-paru sehingga dimasukkan ke hospital pada Mac 2015.
Dahlan pernah popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan dan pernah berlakon menerusi filem bersama Gaya Zakry menerusi filem Kisah Seorang Biduan.
Sumber: mStar