Serangan Pengganas, Presiden Perancis Tambah Darurat 3 Bulan

PRESIDEN Perancis, Farncois Hollande
PRESIDEN Perancis, Farncois Hollande memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama tiga bulan, susulan serangan pengganas di Nice yang mengorbankan nyawa puluhan orang awam, lewat Khamis.

“Tempoh darurat, yang sepatutnya berakhir pada 26 Julai ini, akan dilanjutkan kepada tiga bulan lagi. Undang-Undang baharu akan dibentangkan ke Parlimen berkaitan hal ini,” kata Hollande.

Lanjutan tempoh darurat itu juga pernah dilaksanakan semasa serangan pengganas di ibu kota Paris pada November tahun lalu.

Sementara itu, Hollande turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas tersebut dan meminta orang ramai agar lebih berhati-hati.

“Perancis secara keseluruhannya berada di bawah ancaman keganasan Islam, dalam keadaan ini kita perlu berwaspada dan bersungguh-sungguh  hingga pengakhiran,” katanya lagi.

Keputusan lanjutan itu dibuat ekoran puluhan nyawa orang awam terkorban apabila sebuah trak merempuh mereka ketika pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Bastille.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuze mengesahkan angka kematian serangan di Nice itu telah meningkat kepada 80, manakala 18 yang lain berada dalam keadaan kritikal. – Kedahnews.com