Serina Redzuawan Belum Sedia Ulas Soal Rumah Tangga


SELEPAS enam tahun mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki Inggeris, Serina Redzuawan boleh dikatakan agak menyepi dari dunia hiburan hinggalah timbul gosip baru-baru ini menyatakan rumah tangganya dikatakan mempunyai masalah.

Mengulas perkara ini Serina berkata, apabila tiba masa yang sesuai nanti dia akan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara dia dan suaminya, Gavin Edward O’luanaigh.

“Apabila tiba masa sesuai nanti, saya akan tampil jelaskan semua isu yang timbul. Buat masa ini saya masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen.

“Saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat saya dan rumah tangga kami,” katanya kepada BH Online melalui aplikasi WhatsApp.

Walau bagaimanapun, masalah yang timbul antara mereka dikatakan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehadiran pihak ketiga. –Kedahnews.com