Nashir (kiri) menunjukkan sebahagian barang rampasan dalam kes Judi Euro 2016. |
ALOR SETAR - Sindiket judi Euro 2016 dengan nilai keseluruhan taruhan mencecah RM2.5 Juta tumpas dalam Ops Soga VI Euro 2016 di sebuah kediaman di Taman Ria, Sungai Petani pada Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, seorang lelaki berusia lewat 50 an disyaki terbabit dalam kegiatan turut ditahan serbuan jam 11.10 malam itu.
"Dalam serbuan berkenaan, lima slip penyata bank disyaki transaksi pertaruhan, dua telefon bimbit, dua komputer riba, satu modem internet, dan sebuah televisyen ditemui.
"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas dua komputer, pihak polis menemui dua laman sesawang dipercayai digunakan untuk kegiatan pertaruhan judi bola sepak bersempena Kejohanan Euro 2016," katanya.
Nashir berkata, nilai pertaruhan sehari dianggarkan bernilai RM180,000, manakala nilai keseluruhan pertaruhan yang telah dijalankan dianggarkan sebanyak RM2.5 Juta.
Menurutnya, melalui lapan serbuan sepanjang Ops Soga VI bermula 1 hingga 29 Jun itu, Bahagian D7 JSJ Kontinjen Kedah telah menahan sembilan individu berusia antara 20 an hingga 50 an .
Nashir berkata, secara keseluruhannya, aneka peralatan dan alat tulis dipercayai digunakan untuk aktiviti bookie bola dirampas dalam serbuan berdasarkan risikan serta maklumat awam ini.
Menurut beliau, antara barangan dirampas termasuklah, enam telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM6475, dengan anggaran nilai pertaruhan lebih kurang RM500,000.
Kata beliau, polis Kedah memandang serius kegiatan perjudian haram, malah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu terlibat dalam aktiviti itu.
Nashir berkata, pertaruhan haram ataupun boookie akan dilaksanakan individu mahupun kumpulan tertentu demi mengaut keuntungan dengan mudah setiap kali pertandingan skala besar berlangsung.
Untuk itu, katanya, pihak mereka akan melakukan siasatan dibawah Seksyen 6(3) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi kegiatan judi online Euro 2016 itu.
Jika sabit kesalahan, mana-mana terlibat boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000, serta penjara tidak lebih lima bulan.

Sumber: Sinar Harian