Siti Saleha "Belanja" Gambar Kekasih Di Instagram?


Sebelum ini, pelakon Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 26, ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai hal ehwal peribadinya.

Namun baru-baru ini, Siti Saleha ada memuatnaik beberapa gambar bersama kekasih di akaun Instagram dan ia menunjukkan bahawa dia seakan sudah bersedia untuk berkongsi kisah mereka.

Perkara itu menimbulkan tanda tanya buat sebilangan peminat malah ada yang didapati meluahkan rasa cemburu di ruangan komen.


Walau bagaimanapun, Siti Saleha masih belum mengesahkan hubungannya bersama lelaki itu hanya kawan ataupun benar-benar kekasih. –Kedahnew.com