Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim |
PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menyarankan supaya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan segala maklumat berkaitan skandal rasuah dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan susulan.
"Berhubung dakwaan Tunku Ismail bahawa beliau mempunyai pendrive yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung rasuah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), SPRM mengalu-alukan beliau menyerahkan butiran berkaitan bagi membolehkan SPRM mengambil tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang jika terdapat maklumat yang mempunyai asas di bawah kesalahan Akta SPRM 2009.
"Sekiranya terdapat maklumat yang mempunyai asas di bawah kesalahan Akta SPRM 2009, pihak SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," katanya.
Terdahulu, pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim turut menggesa Tunku Ismail membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut.
"Jika benar beliau ada bukti, laporan segera perlu dibuat kepada pihak berkaitan sama ada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dakwaan itu adalah satu jenayah serius," katanya.
Menurut Kay Kim, Tunku Ismail perlu memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa kerana beliau sudah menguar-uarkan dakwaan itu mengenai ketirisan dalam FAM kepada umum.
"Beliau perlu beri kerjasama dengan menyerahkan segala maklumat dan bukti yang ada padanya. Jika sekadar cakap-cakap sahaja tapi tak nak beri kerjasama, itu dah dikira satu kesalahan," katanya.
Pada Isnin, Tunku Ismail mendakwa mempunyai pendrive yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung ketirisan dan salah laku FAM yang berlarutan selama 30 tahun.
Sumber: mStar