Suami Adira Dan Datin Red Mengaku Suka Ruhainies


Laman media sosial heboh membincangkan isu suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim dengan panggilan Datuk Red dilihat intim dengan seorang pelakon wanita baharu.

Menurut laporan sebuah portal berita, pendatang baharu yang dilihat mesra bersama Datuk Red ialah adik kepada Risteena Munim iaitu Ruhainies.

Pendedahan itu hangat diperkatakan setelah tersebarnya sebuah video yang dirakam di sebuah pusat membeli belah di sekitar ibu kota, di laman sosial semalam.

Datuk dan Datin Red bersama anak-anak
Menerusi rakaman berkenaan, Datuk Red turut dilihat merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak selain kedua-duanya berpegangan tangan di luar premis itu.

Menurut Datuk Red, dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Ruhainies, namun tidak menafikan dirinya menyukai aktres wanita itu, malah bersedia menjadikan heroin Hello Mr. Perfect itu sebagai isteri ketiganya seandainya ada jodoh.

“Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan. Tetapi saya akui sukakan dia.”

Ruhainies
Bagaimanapun, Datuk Red menjelaskan tindakan dia merangkul pinggan Ruhainies adalah tindakan ‘spontan’ dan beranggapan pelakon itu turut mempunyai perasaan yang sama seperti yang dirasainya.

“Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti ‘automatik’ pula.

“Ini namanya saya sendiri yang mencari ‘bala’. Tetapi, saya berasakan kisah ini seperti dalam cerita P. Ramlee (Madu Tiga) versi zaman sekarang pula,” katanya.


Mengulas pertanyaan berkaitan isteri pertama dan keduanya, ini penjelasan Datuk Red.

“Cuma dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau juga apa reaksinya,” ujarnya. -Kedahnews.com