Sufie Rashid |
PENYANYI kelahiran Singapura, Sufie Rashid atau mesra disapa Sufi sekali lagi terpalit dengan kontroversi panas apabila dikatakan tinggal bersekedudukan bersama teman wanitanya.
Pun begitu, juara program Akademi Fantasia 2015 ini menafikan dakwaan yang tersebar itu.
Jelas Sufi, mustahil untuk dia melakukan perbuatan terkutuk itu apatah lagi dia tidak tinggal bersendirian dalam rumah berkenaan.
“Ini semua fitnah. Tak mungkin kami tinggal bersama. Namun, saya tidak menafikan dia pernah menumpang di rumah saya selama beberapa hari.
“Waktu itu kami bukan berdua-duaan, tetapi turut disertai beberapa pekerja saya yang juga saudaranya.
“Saya tidak melakukan perkara itu. Sebagai seorang Islam, saya masih tahu batasan agama,” katanya yang menafikan dia tidur bersama wanita itu.
Sementara itu, Sufie turut menafikan wanita itu adalah teman wanitanya.
Menurutnya, wanita itu adalah rakan kongsi perniagaannya dan mereka berdua sememangnya rapat sudah lama.
“Memang kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak di Singapura lagi. Mungkin disebabkan perkenalan kami yang sudah lama, kami jadi rapat dan orang salah anggap.
“Saya sendiri tidak faham kenapa ada pihak yang ingin membangkitkan isu ini. Kami bekerja di restoran yang sama, jadi kadang-kadang kalau pulang dari restoran lewat malam, tidak mungkin saya akan membiarkannya pulang bersendirian,” katanya.
Biasalah, sebagai seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian.
Oleh itu, Sufi perlulah berhati-hati selepas ini agar gosip kurang enak seumpama ini tidak timbul lagi. –Kedahnews.com