Khairy Jamaluddin |
KUALA LUMPUR – Penganjuran temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN masing-masing ditetapkan pada 19-31 Ogos dan 17-23 September tahun depan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kedua-dua temasya dwitahunan itu akan dikenali dengan jenama ‘KL2017’ bagi menunjukkan identiti kebersamaan.
Malaysia mencadangkan untuk menggabungkan penganjuran kedua-dua temasya itu namun, ia tidak diterima oleh Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada mesyuaratnya di Kuala Lumpur minggu lepas.
“Walaupun kami kecewa sebagai negara tuan rumah kerana SEAGF tidak mempamerkan visi dan keberanian untuk melakukan sesuatu yang baharu dan luar biasa, kami menghormati keputusan yang dibuat.
“Malaysia juga akan memastikan temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN tetap berlangsung dengan gilang-gemilang,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
Khairy berkata Malaysia mahu menggabungkan dua temasya sukan itu kerana ia bertepatan dengan tema kebersamaan iaitu ‘Bangkit Bersama’.
Beliau menjelaskan Sekretariat Jawatankuasa Pengelola temasya (MASOC) telah melakukan kajian terperinci berhubung penganjuran serentak itu dan mendapati tiada sebab dari segi teknikal dan logistik ia tidak boleh dilaksanakan.
Dalam perkembangan sama, Khairy berkata pihaknya telah menerima 54,000 pendaftaran sebagai sukarelawan KL2017 namun, hanya 12,000 sahaja yang telah melengkapkan borang rasmi pendaftaran.
KL2017 menyasarkan 20,000 sukarelawan bagi KL2017.
Mengenai kerja-kerja penambahbaikan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, beliau berkata ia masih giat dijalankan walaupun Malaysia tidak menampilkan kemudahan baharu seperti temasya di Myanmar pada 2013 dan Singapura pada 2015.
“Saya percaya penambahbaikan terhadap kemudahan sedia ada akan memperlihatkan venue yang ikonik untuk peserta dan penonton,” katanya. – BERNAMA