TOKYO – Jika bercerita tentang hal-hal pelik ini, Jepun memang juaranya. Negara matahari terbit ini sering kali mencipta sejarah dengan membuat hal-hal yang kadang-kadang di luar jangkaan.
Dalam mempromosikan hubungan seksual yang lebih selamat, sebuah buku elektronik atau e-book yang dikarang oleh Kyosuka Kagami menunjukkan imaginasi jauh berbeza daripada kelaziman.
Beliau ingin menunjukkan bahawa alat perancang keluarga iaitu sarung zakar atau kondom boleh menjadi alat untuk membuat masakan tradisional terkenal masyarakat Jepun iaitu sushi.
Menurut laporan portal Lost At E Minor, tajuk e-book tersebut iaitu ‘Condom Meals I Want to Make For You’, yang ertinya makanan daripada kondom yang saya ingin buat untuk kamu.
Ia didakwa menggabungkan budaya tradisi Jepun yang akrab dengan sajian sushi malah kondom itu dijadikan sebagai alat ‘ramuan’ utama untuk penghasilan sushi.
Selain itu, nasi dan isi sushi turut dimasukkan ke dalam sarung getah kondom sebelum dijadikan seumpama sushi panjang yang sudah siap untuk dimakan.
Kondom itu juga boleh diisi daging sehingga menjadi mirip seperti sosej. Sosej kondom sesuai disajikan dengan sayur-sayuran dan sos. Tentu sahaja getah kondom harus dibuka dulu sebelum menikmati makanan itu.
Walaupun tidak sepenuhnya seperti mempromosikan hubungan seksual selamat, tetapi makanan sebegini cukup unik, bukan? Atau anda merasa ia jijik dengan idea tersebut? –Kedahnews.com