MIAMI – Seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat (AS) dirakamkan memberus gigi buaya peliharaannya dan dengan selamba memasukkan tangan ke dalam mulut reptilia itu.
Lelaki dikenali sebagai Michael itu langsung tidak gerun dengan taring buaya yang tajam itu seperti ditunjukkan dalam video yang menunjukkan dia melutut di depan mulut haiwan peliharaannya, Chomper.
Dia sebaliknya terus sahaja membersihkan gigi atas serta bawah reptilia ganas itu.
Malah, Chomper sendiri nampak seronok dengan kerja itu.
Pada satu ketika dia memegang mulut buaya itu untuk memastikan semua gigi haiwan itu sudah dibersihkan.
Video itu dimuat naik ke YouTube baru-baru ini dengan kapsyen: “Usah fikirlah bagaimana dia berani duduk begitu rapat dengan haiwan yang mampu membahamnya dengan mudah.” – Agensi