KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang merayu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengenakan semula denda ke atas AirAsia dan Malaysia Airlines Bhd (MAB).
MAB, sebelum ini dikenali sebagai Malaysian Airline System Bhd (MAS).
Menurut syarikat tambang rendah itu, rayuan terbaharu untuk menentang keputusan tribunal tersebut bukan sesuatu yang memberi manfaat dalam menggunakan sumber dan dana awam.
"Kami yakin keputusan yang dibuat tribunal tersebut pada 4 Feb, 2016 telah menetapkan hala tuju tepat bagi pembangunan jurispridens undang-undang persaingan di Malaysia," menurut AirAsia dalam satu kenyataan.
Panel Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) dianggotai lima anggota sebelum ini sebulat suara bersetuju mengenepikan denda terhadap AirAsia dan MAS serta memutuskan tidak berlaku amalan anti-persaingan dalam kerjasama diusahakan kerajaan pada 2011.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan MyCC untuk mencabar keputusan CAT yang mengenepikan denda RM10 juta ke atas MAS dan AirAsia atas pelanggaran Akta Persaingan 2010.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan 15 Ogos ini bagi pengurusan kes selepas membuat keputusan itu dalam kamar hakim di hadapan peguam Leonard Yeoh mewakili AirAsia serta peguam Sharon Chong Tze Ying bagi pihak MyCC.
Sumber: mStar