Gambar Hiasan |
SUNGAI PETANI – Tiada kes terbaru difteria direkodkan di daerah ini dan pemeriksaan ke kawasan wabak dekat Flat Paya Nahu 1 membabitkan lebih 400 kanak-kanak juga sudah selesai.
Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Muda, Dr Suziana Redzuan berkata, walau bagaimanapun, pihaknya masih melakukan pemantauan biarpun melepasi tempoh pemerhatian tujuh hari kanak-kanak yang dijangkiti penyakit dibenarkan keluar dari wad.
Menurutnya, sejumlah 179 kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah dikenal pasti menetap di sana dan diperiksa oleh kakitangan kesihatan manakala 225 kanak-kanak lagi berusia tujuh hingga 15 tahun.
“Setakat ini, tiada kes baru, semua kita dah periksa dengan lengkap. Kita bukan sahaja beri penekanan pada enam beradik itu (mangsa yang dijangkiti) tetapi kesemua penghuni di lapan blok sudah diperiksa dari pintu ke pintu.
“Kita beri antibiotik dan mana-mana kanak-kanak yang dikenal pasti masih belum habis imunisasi di klinik kesihatan, kita beri tarikh untuk dapatkan suntikan,” katanya.
Katanya, sebanyak 86 peratus sudah melalui imunisasi mengikut jadual yang diberikan dan selebihnya (yang belum habis imunisasi lengkap) belum sampai tarikh temu janji yang mengehendaki mereka hadir bawa anak-anak untuk dapatkan suntikan.
“Kita juga mengenal pasti enam bayi yang masih belum lengkap imunisasi di mana kita kumpulkan kesemuanya dan berikan tarikh penjadualan semula agar memudahkan pemantauan,” katanya.
Menurut Suziana lagi, pihaknya masih memantau tahap kesihatan lima beradik yang dijangkiti penyakit itu walaupun sudah dibenarkan pulang ke rumah.
“Kita akan pantau anak-anak mangsa yang belum ada imunisasi kerana kita dah lakukan penjadualan semula suntikan di mana mereka perlu bermula daripada awal sehinggalah selesai menerima imunisasi lengkap.
“Itu pun selepas menerima antibiotik lengkap dan mendapat kebenaran pakar,” katanya.
Sumber: Sinar Harian