GEORGE TOWN – Wajah superstar India Selatan, Rajinikanth yang membintangi filem terbaharunya, Kabali bukan sahaja menghiasi pesawat AirAsia dan kereta tetapi turut diabadikan di dinding sebuah kedai kopi di Pulau Pinang.
Legenda layar perak itu yang terkenal dengan watak gengster menerusi filem Tamil, diabadikan dalam bentuk lukisan mural di Jalan Seni sekitar Pulau Pinang.
Sama seperti warga Pulau Pinang, Rajinikanth yang lengkap dengan cermin mata hitam dan blazer putih digambarkan sedang menikmati telur separuh masak, kopi susu dan roti bakar benggali.
Lukisan mural yang dihasil artis jalanan Azmi Hussin dilukis di dinding Roti Bakar Naina, sebuah gerai yang terletak di Jalan Transfer di pinggir tapak warisan itu.
Pemilik gerai itu, Naina Mohamed, 38, berkata dia membayar RM900 untuk lukisan mural mengenai roti arang bakar yang diusahakannya.
“Saya menjual roti bakar selama 20 tahun. Arang adalah kaedah terbaik untuk membuat roti benggali yang rangup diluar dan panas serta gebu di dalamnya,” kata Naina.
Azmi, 32, berkata dia mencari ilham untuk lukisan mural tersebut apabila melihat wajah pelakon utama Kabali itu berada di mana sahaja.
“Orang ramai menggilai filem ini. Di Internet, saya lihat kereta turut dihiasi dengan wajah pelakon Kabali dan pesawat AirAsia juga dicat dengan iklan Kabali.
“Jadi saya turut menyertai orang ramai,” katanya yang juga salah seorang peminat Rajinikanth.
Filem berdurasi 152 minit itu ditayangkan di 480 pawagam seluruh negara pada Jumaat.
Sumber: mStar