Gambar Hiasan |
IRING dengan perkembangan semasa, laptop kini menjadi satu pilihan ramai kerana lebih mudah dan ringgan digunakan berbanding komputer.
Pun begitu, gajet ini mempunyai kelemahan yang begitu ketara di mana laptop akan menjadi terlalu panas tiba-tiba setelah beberapa jam dihidupkan.
Malah, fakta dari science alert turut melaporkan bahagian laptop paling panas saat dihidupkan adalah di antara ruang screen dan keyboard, dimana suhunya boleh mencecah 39.5 hingga 45 darjah Celcius.
Dek kerana permasalahan itu juga membuatkan laptop begitu mudah rosak.
Walaupun alat pendingin laptop banyak dijual dipasaran, tapi sebenarnya ada cara yang lebih murah dan mudah untuk mengatasi masalah laptop panas ini. Benda yang diperlukan hanyalah beberapa duit syiling.
Percaya atau tidak, penemuan trick mudah itu didedahkan oleh seorang penyanyi dari Jepun bernama Akinori Suzuki menerusi laman Twitter mendakwa laptopnya tidak menjadi panas setelah diletak beberapa koin duit syiling di antara bahagian screen dan keyboard.
Menurut Akinori, duit syiling yang diperbuat dari bahan tembaga merupakan konduktor panas yang baik daripada aluminium yang ada di laptop.
Walaupun belum terbukti secara saintifik "trick" ini, namun beberapa netizen yang telah mencuba mengakui trick itu berhasil. -Kedahnews.com