Gambar Hiasan |
SEWAKTU ramai mula sibuk membuat biskut raya, setiap malam pastinya akan ada aroma menarik lagi sedap datang dari setiap tingkap dapur rumah jiran-jiran, umpama marathon yang bermula selepas solat Tarawih.
Masih teringat zaman mengambil tempahan biskut raya Chocolate Chips dahulu, ada sampai ke subuh kami tidak tidur kerana sibuk menyiapkan kesemua tempahan yang setiap hari makin bertambah.
Penatnya memang tidak terkata, tetapi kepuasan daripada pelanggan yang saban tahun menambahkan jumlah tempahan tidak dapat dilupakan.
Jadi kali ini kami berkongsi cara-cara untuk menyimpan biskut raya supaya tidak lemau.
Tips ini amat berguna semasa hari raya dan boleh membantu kepada yang tidak tahu menyimpan kuih dengan cara ini.
1. Simpan biskut raya yang jenis gebu itu ke dalam bekas yang kedap udara. Pastikan tudungnya itu ketat dan sendat supaya tiada angin yang masuk dan menjadikan biskut menjadi lemau.
2. Simpan biskut raya jenis rangup dan keras ke dalam bekas yang penutup mudah dibuka, supaya angin masuk sedikit dan menjadikannya kekal rapuh dan rangup.
3. Gunakan kertas minyak sebagai kertas lapik bagi mengelakkan biskut itu lemau. Selalunya peniaga biskut akan terus gunakan cara ini tapi bila kita nak masukkannya ke dalam bekas kita, ada yang suka buang kertas itu, maka selepas itu akan mudah biskut itu untuk menjadi lemau.
4. Masukkan biskut kedalam bekas berlainan mengikut jenis biskutnya, sama ada jenis yang gebu ataupun yang rangup.
5. Cara terakhir ini pasti ramai yang tidak tahu, dari dibiarkan lemau disebabkan tiada yang boleh menghabiskannya sepanjang bulan Syawal, anda boleh memanjangkan lagi hayat biskut anda iaitu dengan menyimpannya didalam freezer.
Ianya tidak akan rosak, lemau dan juga anda boleh keluarkan dan hidangkan pada bila-bila masa kemudian kepada tetamu ataupun jadikan snek mengudap anda sepanjang tahun itu. Kenapa perlu membazir, kan? -Kedahnews.com