PETALING JAYA - Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan pelantikan adindanya, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai presiden kelab bola sepak itu.
Pengumuman itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Rabu.
"Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim telah dilantik oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim," demikian menurut kenyataan itu.
Pada awal tahun ini, Tunku Ismail secara rasminya menjadi pemilik kelab bola sepak JDT.
Manakala, jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pula disandang Datuk Ismail Karim.
Selain pelantikan tersebut, Johor Southern Tigers turut memberi penjelasan lanjut mengenai organisasi Kelab Bola Sepak JDT dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
"Tunku Mahkota Johor adalah Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim dan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.
"Tunku Tun Aminah adalah Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim.
"Datuk Ismail Karim adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor," demikian menurut kenyataan ringkas itu.
Sumber: mStar
Pengumuman itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Rabu.
"Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim telah dilantik oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim," demikian menurut kenyataan itu.
Pada awal tahun ini, Tunku Ismail secara rasminya menjadi pemilik kelab bola sepak JDT.
Manakala, jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pula disandang Datuk Ismail Karim.
Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah |