Ucapan Pertama MB Di Majlis Moreh Bersama Media Kedah


ALOR SETAR - Media di Kedah meriah diraikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah apabila beliau berucap pertama kali selepas pulih daripada pembedahan akibat komplikasi usus baru-baru ini.

Berucap di majlis moreh Menteri Besar bersama Media di Kedah di sini, Ahmad Bashah turut memaklumkan keadaan kesihatan

"Ini ucapan pertama saya ni (selepas pulih).. masa mesyuarat Exco petang tadi tak berucap pun, ni jumpa dengan media.. saya berucap ni ucapan pertama saya.


"Saya cuba takmau dok di rumah banyak sangat.. tapi nak kena balik awal jugalah.. itu nasihat doktor," katanya ketika berucap di depan media yang hadir di sini sebentar tadi.

Turut hadir di majlis berkenaan adalah Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Tajudin Abdullah dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad.


Menurut Ahmad Bashah, doktor berpesan padanya untuk menjaga makan dan minum beliau pada Aidilfitri kali ini bagi memastikan tahap kesihatan beliau kembali pulih sepenuhnya seperti biasa.

"Moi saya boleh makanlah..," kata Menteri Besar Kedah itu, berseloroh bersama media berkenaan bubur nasi yang turut terhidang di majlis moreh tersebut.

Ahmad Bashah turut meluahkan penghargaan kepada semua media yang memberikan kerjasama, bantuan dan sokongan kepada Kerajaan Negeri Kedah.

"Mudah-mudahan apa yang kita laksanakan semoga mendapat keberkatan Allah SWT," katanya. -Kedahnews.com