Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman |
PEKAN - Masyarakat Islam di negara ini wajib mempertahankan agama Islam secara bijaksana dengan mengelakkan sebarang pertumpahan darah atau peperangan apabila agama itu diusik.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan meskipun tidak menggunakan kekerasan, umat Islam tidak boleh hanya berdiam diri apabila agama Islam diperlekehkan dan tidak dihormati.
"Isu yang timbul sebelum ini lebih kepada silap faham. Saya kata bahawa mana-mana orang bukan Islam termasuk DAP yang menentang sahaja, yang tidak menentang tak apa.
"Umat Islam patut menjawab atau mempertahankan Islam dengan cara bijaksana dan tidak semestinya menerusi pertumpahan darah dan merampas harta.
"Mereka ini perlu ditentang bukan diserang, ditentang dalam konteks ini ialah mempertahankan agama Islam dengan menjawab secara lisan dan tidak hanya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 20 badan bukan kerajaan untuk menyatakan solidariti di sini, Isnin.
Abdul Rahman sekali lagi mengulangi tidak akan menarik balik sebarang kenyataannya sebelum ini kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesilapan disebabkan berhujah berdasarkan asas agama Islam.
"Saya sebagai mufti saya bercakap pada asas agama Islam, agama yang diredai Allah dan ini merupakan seruan yang perlu disampaikan kepada manusia di dunia.
"Saya berharap di bulan Ramadan yang mulia ini kita semua dapat hidup dalam suasana harmoni.
"Oleh itu, masyarakat bukan Islam di negara ini diharap tidak mengusik agama Islam kerana umat Islam tidak akan berkecil hati kalau ia tidak menyentuh agama," katanya.
Baru-baru ini, Abdul Rahman dilaporkan berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.
Susulan itu, keterangan Abdul Rahman telah diambil polis dan siasatan dilakukan mengikut Akta Hasutan. - Bernama