Uqasha Senrose |
PETALING JAYA - Pelakon Uqasha Senrose tidak akan menerima sebarang tawaran melakonkan peranan utama di pentas teater selepas pementasannya dalam Ombak Rindu Tiada Penghujung mendapat kritikan hebat sebelum ini.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 24, berkata, keputusannya itu bukan kerana dia berkecil hati terhadap kritikan diberikan sebaliknya menyedari dia masih belum layak memegang peranan penting dalam sesebuah pementasan teater.
"Bukan kerana kritikan tetapi atas kesedaran diri sendiri bahawa lakonan di pentas teater itu bukan mudah seperti disangkakan.
"Saya masih belum sampai tahap layak memegang watak utama dan selepas ini jika ada tawaran saya akan tolak kerana masih belum bersedia.
"Biarlah Ombak Rindu Tiada Penghujung menjadi pengajaran buat saya," katanya.
Dalam pada itu, Uqasha berkata, itu bukan bermaksud dia tidak mahu lagi berlakon di pentas teater kerana baginya pengalaman menerusi teater tersebut banyak mengajarnya tentang teknik lakonan yang betul dalam menjadikannya seorang aktres lebih baik.
Malah kata Uqasha, jika ada tawaran selepas ini dia mahu memegang watak sampingan kerana ingin belajar dari bawah selok-belok pementasan teater.
"Teater ini sangat unik dan memerlukan fokus yang cukup tinggi kerana semuanya dilakukan secara langsung tanpa ada sebarang kesilapan.
"Saya mahu belajar dari bawah dan tidak mengapa kalau hanya diberikan watak sampingan," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Uqasha berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Khabar Dari Casablanca bersama Remy Ishak yang akan menemui penonton di TV2 tidak lama lagi.

Sumber: mStar