Penceramah dan pendakwah, Datuk Ustaz Kazim Elias mengakui kini sedang memperlahankan aktiviti ceramahnya selepas menjalani rawatan jantung pada Februari lalu.
Menurutnya, doktor telah menyarankan beliau supaya berehat dengan lebih banyak sehingga kesihatannya stabil dan pulih sepenuhnya.
“Saya peergi ceramah pun dua hari sahaja, kemudian saya pulang berehat di rumah. Bulan lalu saya hanya terima 10 ceramah dan selebihnya saya menghabiskan masa dengan berehat.
“Doktor meminta saya untuk berehat kerana jantung saya masih belum stabil. Keadaan buah pinggan saya juga tidak begitu baik,” katanya, memetik Sinar Harian.
Tambah beliau, masalah kesihatannya itu juga menjejaskan tidur beliau, mungkin akibat terlalu banyak berfikir.
“Masalah itu masih ada sehingga sekarang. Semalam juga saya tak tidur dan hanya berehat selama satu jam. Doktor kata jika tidak tidur, semua benda akan menjadi serba tak stabil.
“Sebab saya tak boleh tidur, kini saya sedang menulis sebuah buku dan akan disiapkan dalam masa dua atau tiga bulan lagi,” katanya.
Sebelum ini Ustaz Kazim telah dikejarkan ke hospital selepas mengadu penat ketika menyampaikan ceramah di Kelantan dan disahkan bahawa terdapat luka di bahagian otot jantungnya. -Kedahnews.com