Ahli kariah terpaksa menolak van setiap kali untuk menghidupkan enjin. |
SIK - “Setiap kali urusan untuk ambil jenazah, van perlu ditolak beramai-ramai untuk dihidupkan,” demikian luahan seorang pemandu van jenazah Masjid An Nur Felda Teloi Timur.
Ismail Mat Shah, 64, berkata, sejak tiga tahun lalu, proses pengebumian jenazah yang rata-ratanya peneroka Felda tidak dapat dilakukan dengan lancar ekoran kesukaran menghidupkan van berkenaan.
Menurutnya, van yang sudah digunakan sejak 10 tahun itu sering bermasalah di bahagian enjin dan bateri.
“Van ini sudah daif dan sering rosak. Kami perlu tolak beramai-ramai dan ambil masa untuk dihidupkan,” katanya.
Ismail berkata, keadaan bertambah sulit apabila enjin kenderaan itu tiba-tiba mati sewaktu tiba di rumah keluarga si mati dan dalam perjalanan ke tanah perkuburan.
“Kejadian itu pernah berlaku pada waktu malam sebelum ini, bila sampai di rumah si mati enjin van tiba-tiba mati dan perlu ditolak semula.
“Van jenazah ini juga sudah beberapa kali dihantar ke bengkel, tetapi bila dah baiki kerosakan lain pula timbul, maklumlah kenderaan ini sudah tua,” katanya.
Kata Ismail lagi, keadaan enjin yang sering bermasalah menyebabkan van perlu dihidupkan awal beberapa jam sebelum urusan pengebumian.
“Contoh jika selepas solat Zohor jenazah hendak dikebumikan, pukul 11 pagi enjin nak kena dihidupkan,” katanya.
Imam Masjid, Abdul Majid Daud berkata, pengurusan masjid seringkali menghadapi masalah untuk menguruskan jenazah disebabkan keadaan van yang sering rosak.
Katanya, insiden terbaharu berlaku pada hari raya ketiga apabila jenazah terpaksa dibawa ke masjid menggunakan kenderaan pikap disebabkan van jenazah yang rosak dalam perjalanan ke rumah si mati.
“Macam baru-baru ini, jenazah sepatutnya disembahyangkan selepas Asar, tapi disebabkan nak cari kenderaan ganti untuk bawa jenazah, urusan pengebumian menjadi lewat.
Katanya, pada raya keempat seorang peneroka meninggal dunia dan pengurusan masjid masih menghadapi masalah apabila van berkenaan masih gagal dihidupkan.
“Kita terpaksa sewa van jenazah daripada Felda Teloi Kanan, kalau van mereka juga perlu uruskan kematian maka kita akan hadapi masalah,”katanya.
Sementara itu Bendahari Masjid, Abu Mansor Yaacob berkata, dana masjid tidak mencukupi bagi membeli sebuah van jenazah baharu.
Menurutnya, selain perlu digunakan bagi menjelaskan bil utiliti yang mencecah sehingga RM2,000 sebulan, masjid juga perlu membayar elaun tenaga pengajar kelas pengajian yang dianjurkan.
“Dalam sebulan pendapatan kutipan derma masjid paling tinggi hanya dalam lingkungan RM3,200 kerana ahli kariah.
“Dana juga turut digunakan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti keagamaan kepada ahli kariah, untuk bergantung dengan kantung masjid sememangnya tidak cukup,” katanya.
Abu Mansor berkata, usaha lain bagi mendapatkan van baharu turut dilakukan, namun setakat ini tiada sebarang hasil.
“Hasil perbincangan jawatankuasa kariah, pengurusan rancangan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), kami akan meneruskan agenda mendapatkan van baru.
“Namun pihak masjid amat mengalu-alukan sumbangan daripada badan korporat, bank, badan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana pihak yang dermawan untuk sumbangkan sebuah van jenazah baru untuk kami,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Felda Teloi Timur, Yaakob Hashim berkata, van baharu amat diperlukan bagi kepentingan peneroka yang semakin bertambah.
“Van sedia ada yang kini digunakan penduduk disumbangkan oleh Pengurusan Felda Wilayah Alor Setar 10 tahun lalu,” katanya.
Untuk sumbangan boleh disalurkan ke Bank Agro Bank di nombor akaun 2-00-5101-00005246-0 atau hubungi ketua peneroka,Khamis Bakar di talian 011-55065241 atau hubungi bendahari masjid,Abu Mansor Yaacob di talian 019-4655619 atau imam masjid iaitu Abdul Daud di talian 019-4144055.
Sumber: Sinar Harian