Perkhidmatan koc khas untuk golongan wanita yang diperkenalkan oleh KTM Berhad sebenarnya sudah beberapa tahun dilaksanakan.
Namun ada sahaja kaum lelaki yang memandang remeh atau mungkin memang sengaja tidak mahu mematuhi peraturan dengan selamba masuk ke dalam koc wanita yang memang dikhaskan untuk golongan Hawa itu.
Jika difikirkan, agak mustahil mereka-mereka itu terdiri dari golongan "buta huruf", memandangkan mereka begitu asyik dengan telefon bimbit masing-masing, seakan-akan membaca sesuatu.
Mungkin juga kerana sikap begitu maka mereka begitu "terkenal" di laman sosial apabila gambar di atas telah diviralkan oleh warga netizen di negara kita sekaligus menerima kecaman ramai.
Akibat perbuatan pentingkan diri dua remaja lelaki tanpa rasa bersalah selamba duduk di tempat yang dikhaskan untuk pengguna wanita, manakala individu yang sepatutnya diutamakan pula terpaksa duduk di atas lantai.
Mungkin selepas ini KTM boleh guna pendekatan dengan merakam gambar mereka yang tidak mematuhi arahan dan tampal di stesen untuk dijadikan pengajaran.
Diharapkan selepas ini golongan lelaki khususnya yang bersikap "pekak badak" dan "bodoh sombong" seperti itu berubah sikap dan berlaku adil terhadap golongan Hawa yang lebih lemah dan memerlukan, khususnya ibu mengandung. – Kedahnews.com