Maznah memeluk ibunya, Mariam selepas hilang selama beberapa jam dan pulang dalam keadaan selamat. |
NAKA - “Tok hanya berjalan saja di sekitar pokok buluh di belakang rumah untuk cari jalan pulang, tapi tak jumpa sampai tok penat sebab tak makan. Sambil berjalan itu tok hanya berzikir dan berdoa kepada ALLAH SWT supaya dapat jalan pulang semula ke rumah,” demikian kata Mariam Abu, 81, dari Kampung Bendang Tok Teri di sini, yang sesat di belakang rumahnya, baru-baru ini.
Menurut Mariam, dalam kejadian jam 12 tengah hari, dia bercadang untuk mencari rebung di belakang rumahnya kira-kira 150 meter untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
Bagaimanapun katanya, semasa dia sampai di kawasan buluh, dia mendapati tiada rebung yang tumbuh dan terus bergerak pulang ke rumahnya semula.
“Masa tok nak pulang tiba-tiba dah tak nampak jalan pulang dan tok terpaksa merayau di sekitar kawasan itu hingga letih dan kelaparan.
“Masa tu tok tak nampak sesiapa pun walaupun dikatakan kira-kira 50 orang kampung dan anggota keselamatan mencari tok,” katanya.
Kata Mariam, semasa mencari jalan pulang dia hanya terdengar laungan azan dari masjid berdekatan dan selepas itu dia tidak dengar apa-apa lagi hinggalah subuh.
“Akhirnya tok mampu melihat seorang pemuda yang baru pulang dari masjid dan menegur tok kerana duduk di tepi jalan seberang sungai dari rumah.
“Pada masa itu seluruh pakaian tok basah dan tok kesejukan. Tok pun tak tahu apa yang terjadi kepada tok. Masa tu tok hanya rindu nak pulang. Pemuda itu kemudiannya menawarkan untuk hantar tok pulang dengan motosikal,” katanya.
Sementara itu, anak tunggalnya, Maznah Said, 61, berkata, keluarganya mulai menyedari kehilangan ibunya ketika hendak berbuka puasa apabila ibunya tidak kelihatan.
Katanya, suaminya, Md Isa Abu terus membuat laporan polis dan sejak itu orang ramai turut membantu mencari ibunya.
“Masa tu saya hanya fikir keadaan ibu sama ada hidup atau mati kerana dengan usianya itu dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai berdekatan.
“Tapi yang peliknya dia dijumpai di seberang kampung dengan seluruh pakaiannya basah,” katanya yang hairan dengan kejadian itu.
Jelasnya, sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seperti itu di kampungnya sejak dilahirkan di situ dan kejadian yang menimpa ibunya mengejutkan penduduk kampung.
Bagaimanapun, dia bersyukur ibunya selamat dibawa pulang pada jam 6.49 pagi kelmarin.